TRIP 2015 : PULAU PINANG #part2

Hai. Sambungan entri sebelum ni ; //TRIP 2015 : PULAU PINANG  #part1//


Keesokan harinya, kita check-out dalam pukul 10 pagi bagi mengelak cuaca yang buruk pada etang hari. Destinasi untuk hari kedua ialah Penang Street Art, Rumah P Ramlee dan Bukit Bendera. 
Tetapi, pemandu bas agak kurang mahir jalan ke Penang Street Art, So dengan berat hati destinasi tu terpaksa dirombak. And Rumah P Ramlee pun kitorang tak pergi sebab kejar cuaca yang dijangka hujan pada jam 4 petang.
Teruslah menuju ke Bukit Bendera.

Disebabkan kami ni kanak-kanak riang, so memang teruja lah. DIINGATKAN SUPAYA BAWA KAD PENGENALAN KETIKA DI SINI JIKA TAK NAK KENA CAJ HARGA TIKET YANG MAHAL. Nasib baik kitorang under package sekolah, kalau tak memang ada yang kena caj mahal sebab tak bawa IC, termasuklah aku. 


Masa yang dihabiskan untuk meneroka Bukit Bendera ni dalam 2-3 jam disyorkan. Banyak tempat menarik di atas ni dan kitorang memang tak habis jelajah. Hahaha. Penjelajahan diwakilkan dengan naik 'kereta ronda' tu. Satu kereta tu dia caj RM30. Maximum 6 orang. 

Atas tu ada Padlock Station tu yang macam Paghisss //disebut Paris//. Tapi awas ! Tempat tu dijaga oleh seekor naga ! Mulut naga kat atas tu boleh tahan celaka nya. Aku tak singgah Padlock Station tu tapi berdasarkan cerita kengkawan yang pi sana, mulut orang yang jaga kaunter tu boleh tahap neraka jugak lah. Hahaha.

TIPS 6 : Sekiranya ingin kunci cinta anda di Padlock Station Bukit Bendera, dinasihatkan agar membawa padlock atau kunci mangga sendiri jika tidak ingin menghabiskan wang bagi mebeli padlock yang berharga 10-15 kali ganda mahal dari harga padlock di kedai biasa.

Kat atas tu ada macam macam gaya kunci. Ada bentuk Love, ada yang rantai basikal, sampai ada yang tulis tangan. Hahaha. Gila Kedekut. 


Sumpah memang best duduk kat atas tu, sejuk jer, Pemandangan Pulau Pinang dengan jelas nampak meskipun pada awalnya kelihatan berkabus di atas. 

  

  

 

 

 

 


Ada 52 Banglo Mewah di atas Bukit Bendera. Kebanyakannya merupakan privated-owner tetapi mereka hanya memiliki banglo itu sahaja, Hakmilik Tanah masih milik Kerajaan Negeri. Memang klasik sungguh banglo banglo tu. 


Ada juga tempat Periuk Kera tapi kena bayar lah, sama juga dengan Muzium Burung Hantu. Aku tak masuk so aku tak tahu berapa harga. Sorry. 

TIPS 7 : Dapatkan brosure di terminal bawah atau khemah maklumat di atas Bukit Bendera bagi membantu anda mendapatkan maklumat dan peta tentang Bukit Bendera.

Kitorang ambil tiket Fast-Line yang memberi peluang untuk kitorang masuk dahulu jika train sampai. 
Harga tiket semasa adalah seperti berikut :


BUKIT BENDERA
Jalan Stesen, Bukit Bendera, Pulau Pinang, 11500 Ayer Hitam, Malaysia
+60 4-828 8880
Perkara menarik adalah ketika kitorangg diberi renungan tajam oleh mereka mereka yang tengah beratur panjang sedangkan kitorang main lalu masuk ke dalam dengan tiada halangan kerana tiket Fast-Line. Hahaha. 

Perjalanan turun mempunyai barisan yang panjang dan lama sebab yang pengunjung dimasukkan dalam train agak minima berbanding perjalanan naik yang penumpang dimasukkan ke dalam train seperti sardin. Agak gerun juga bila kena tenung.

Then, ada one group pelancong yang maybe beratur kat barisan biasa pada awalnya sebab laluan Fast-Line telah tertutup dengan kesesakan pengunjung. Then bila kitorang lalu, baru rombongan tu ikut sekali lalu. Hahaha. Sadisnya.

Turun jer bawah, disambut dengan hujan lebat. Perjalanan balik melalui Jambatan Pulau Pinang II iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Perjalanan balik agak cepat maybe sebab ramai yang dah tak sedar sebab badan penat. Terowong Menora dilalui  tanpa sebarang masalah.

 

Sampai semula di SMK Telok Panglima Garang yang tercinta pada pukul 12 tengah malam. Kau mampu masuk sekolah time tu. Gila ngeri. Tu belum lagi ESOKNYA ADA PAPER KIMIA !!! 

Sumpah aku jawab Paper Kimia dengan tak ada rasa ingin lulus. Hahah. Dah la Kimia memang susah, tambah dengan persediaan yang tak cukup, menjadi 10000x ganda susah. 

Okaylah. Itu sahaja cerita Trip 2015 : Pulau Pinang kali ni. Terdapat beberapa yang rasa tak puas dan  agenda yang tak dapat dilaksanakan seperti ke Batu Feringghi, melawat Padang Kota Lama, makan Nasi Kandar, pasembur, mee udang, laksa dan banyak lagi. So kalau ada rezeki, boleh lah pergi lagi, puaskan hati ronda satu Pulau Pinang. Hahaha.

TIPS 8 : Kumpulkan seberapa banyak mungkin brosure yang anda jumpa bagi membantu perjalanan atau percutian anda.

Semoga bermanfaat entri ini. Selamat bercuti. 


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 Comments:

  1. datang Penang bukan nak rojer :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, insyaAllah akan datang sekali lagi sebab tak puas nak jelajah satu Pulau Pinang. Hahaha

      Delete
  2. waaa, memang teringin nak datang sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah ke Pulau Pinang, memang best. Banayak perkara menarik untuk diterokai bersama rakan mahupun keluarga.

      Delete

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)