TRIP 2015 : PULAU PINANG #part1

Bersua kembali.

Setelah lama tak menaip, kini aku muncul semula. :D


Bercerita tentang ceritera 31 Okt. 2015 & 1 Nov. 2015. Apa lagi kalau bukan Trip ke Pulau Pinang. Seperti biasa, trip seperti sudah menjadi acara tahunan kelas. Dan seperti biasa, muka aku yang akan menghiasi jawatan dalam AJK Lawatan.


Tak nak cakap banyak.  Entri kali ni cuma nak cerita pasal lawatan. Jujur dikatakan, aku rasa macam tak banyak blog yang bercerita pasal Pulau Pinang. Mungkin ada, tapi dah 4,5 tahun yang lepas. Tiada khabar berita yang baru.

So, mungkin entri ni dapat membantu mereka mereka di luar sana. InshaAllah.

Berkumpul kat sekolah seawal 6 pagi tapi biasalah janji Melayu, pukul 7 still tak nampak batang hidung. Perjalanan ke Penang mengambil masa selama 5 jam paling awal sekiranya tak berlaku kesesakan lalu lintas dan berhenti banyak kali.

Kitorang sampai Pulau Pinang dalam pukul 12.30 lepas bertolak dari sekolah jam 7.30 pagi. Disambut dengan kesesakan lalu lintas. Biasalah, bandar, so kena lah bertolak ansur. 

TIPS 1 : Rancang masa perjalanan anda dengan rapi !!

Destinasi pertama ialah Made In Penang Museum atau lebih dikenali sebagai Muzium 3-D. Terletak di hadapan / berdekatan Pelabuhan Utama di Georgetown. Pelabuhan untuk Cruise, dan Feri.


Dalam ni untuk orang yang photogenic, memang disyorkan datang. Tapi kena bawak partner sebab kena ada orang yang ambilkan gambar. Tak menjadi trick nya kalau kau selfie. Hahaha.
So, seperti aku yang forever alone, aku memang tak dapat menikmati segenap ruang dalam tempat ni.


 

 

 


 

 

Nampak kecil, tapi who knows, dah masuk rasa macam tak percaya tempat ni kedai 2 tingkat sahaja. And jangan tersilap dengan Trick Art Museum, meskipun temanya hampir sama, tetapi ia merupakan dua buah temat yang berbeza ! 

MADE IN PENANG MUSEUM
3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang, Malaysia
+60 4-262 6119

TIPS 2 : Bawa rakan atau berpasangan ketika ke sini. Jikalau tidak, anda tidak akan dapat menikmati keindahan trick gambar yang dipamerkan. Yelah, kalau anda selfie, memang tak jadilah tricknya. 

Then, kitorang pergi ke Pasar Chowrasta YANG TAK ADA BENDA MENARIK ! Serius rasa tertipu sangat berdasarkan suggestion dalam blog. Silap kitorang juga sebab percaya. Mostly entri pasal Pasar Chowrasta, Penang ni dalam 4 - 5 tahun yang lepas. 

Pasar Chowrasta ni cuma sebuah pasar basah biasa, and time kitorang pergi yakni 31 Okt. - 1 Nov. 2015, Pasar Chowrasta tengah renovation. Tapi sapa pencinta buku lama dan barang barang makanan yang biasa-biasa, boleh lah singgah. 

Kat tingkat atas Pasar Chowrasta ada kedai yang menjual buku lama dan baju baju. Kalau nak beli sourvenier atau cenderamata, SEKITAR Pasar Chowrasta iaitu deretan kedai kedai. Ada yang menjual cenderamata. 

TIPS 3 : Hati hati ketika membeli belah cenderamata di SEKITAR PASAR CHOWRASTA, yakni DERETAN KEDAI KEDAI. sebab HARGA YANG MAHAL ! Dompet anda akan ditoreh sekoyak yang mungkin.  

Bersebelahan / berdekatan dengan Pasar Chowrasta ni ada Kiosk Jeruk Madu Pak Ali. Tak tahu lah tu kiosk atau kedai. Ah lantaklah. Tapi kalau korang nak kepuasan bershopping jeruk, kena cari kedai Jeruk Madu Pak Ali yang lebih besar. Jangan risau, banyak cawangan Jeruk Madu Pak Ali di sekitar Pulau Pinang. Maklumlah, dah jadi trademark Pulau Pinang, 'jeruk' 'pasembur' 'mee udang' 'laksa'.

Dalam pukul 5 kitorang check-in hotel, Grand Inn Hotel, Jalan Penang, Georgetown. Hotel ni ada 2 cawangan di Georgetown. Satu di Jalan Macalister dan satu di Jalan Penang yang kitorang menginap. 
So far, hotel ni biasa biasa sahaja, taraf 3-Bintang. Tapi kir harga murah jugaklah berbanding dengan hotel lain di sekitar Georgetown. 

 

Hotel ni dekat dengan tempat tempat menarik di sekitar Georgetown seperti Padang Kota Lama, KOMTAR, Made In Penang Museum or Muzium 3-D, Penang Street Art dan juga Nasi Kandar Line Clear. Memang dekat sangat. Cuma agak susah mencari kedai makanan yang Halal. Yang terdekat cuma lah Kedai Mamak di hadapan hotel. Hotel ada cafe tetapi tukang masak merupakan non-Muslim. 

GRAND INN HOTEL, JALAN PENANG, GEORGETOWN 
72, Jalan Penang, George Town, 10000 Pulau Pinang, Malaysia
+60 4-250 3288

Sebagai treat untuk diri sendiri dan ganti kepada majlis jamuan Hari Raya masa tu, makan malam dinikmati dengan sangat mewah. Hahaha. Seoul Garden, Plaza Gurney menjadi pilihan untuk tempat makan malam. Kau mampu dengan duit takdak tapi sibuk pi makan tempat mewah. 

Dengan jumlah bilangan yang ramai, nasib baik ada tempat. Semua gara gara pekerja Seoul Garden tu kata tak perlu booking tempat at last, manager dia kata kenapa tak booking tempat. Sikit lagi aku nak meletus kat situ, nasib manager dia cakap dengan sopan santun dan bertanggungjawab atas apa yang terjadi. 

TIPS 4 : Jika anda dalam bilangan yang ramai dan ingin makan malam, Booking lah tempat awal awal terlebih dahulu sebelum perlu menunggu akibat tiada tempat. 

SEOUL GARDEN, PLAZA GURNEY
170-B1-32A, Gurney Plaza, Persiaran Gurney, 10250, Pulau Pinang, Malaysia
Phone:+60 4-229 8559
TIPS 5 : Sekiranya makan di Seoul Garden, disyorkan untuk menghabiskan masa dalam 3 jam.

Benda paling best adalah tema pakaian adalah Hari Raya dan yang non-muslim pakai baju Raya diorang. Orang lain sibuk sambut Halloween, kitorang dengan bangga masuk mall pakai baju Melayu, baju Kurung, jubah. Hahhah

   

 

Malam tu sampai hotel dalam pukul 11 macam tu and ada pulak kes yang tak sedap berlaku. Biarlah kes yang berlaku di hotel tu menjadi rahsia kami semua. Jangan bimbang, tak ada "gangguan" di hotel, cuma yang bermasalah tu kami. Hahaha.


bersambung.......  //TRIP 2015 : PULAU PINANG  #part2//


Pemandangan sekitar Pulau Pinang pada hari Pertama...


 

 

 

  


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 Comments:

  1. Replies
    1. hahaha. alhamdulillah, dapat jejakkan kaki kat sini.

      Delete
  2. Penang.. Salah 1 tempat saya teringin nak gi... Hehe thanks share...Kemain yeee jalan jalan cuci mata :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sis, alhamdulillah dapat berjalan sejauh ni meskipun banyak rintangan dan cabaran yang dihadapi. InsyaAllah, nanti pasti ada peluang untuk sis melawat Penang. :D

      Delete
  3. Thumbs up fawwaz. Problems that occurs will mature you.

    ReplyDelete

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)