Le Tour De Perak - Selamat Tinggal Kawan

AMARAN : Entri ini merupakan entri ber'episode' . Sila abaikan jika anda seorang yang cepat bosan !


Siri Entri :

pergh, dah dekat sebulan trip ni, tapi entry tak jugak habis ,, mesti korang bosan kan .. wahahha..
baiklah mari kita menyambung cerita ,,, part last ni ,.,.

......... sambungan ..........

Kitorang singgah sebentar dekat RnR Tapah untuk makan dan membeli belah .. 

Time kitorang sampai tu, hujan tengah renyai renyai .. tak lama lepas tu, terus lebat,, nasib baik sempat turun bas .. :D 

Dekat RnR Tapah, kitorang jumpa GPK Pentadbiran SMK Telok Panglima Garang , Tuan Haji Jumiran. Dia baru habis kursus kat Cameron Highland. Wahaha .. kecilnya dunia . :3 

Benda yang menspoilkan mood time tengah hujan tu adalah bila pemandu bas tak ada .. lama giler kitorang tunggu dia .. -,- dah lah tengah hujan ,, 

dalam pukul 5++ kitorang bertolak balik .. dan laluan balik terpaksa dilencongkan ... disebabkan nak elak kesesakan lalu lintas kat Rawang., Kitorang masuk Guthrie then masuk Elite then masuk SKVE..

mostly ramai yang dah 'hilang kepala' 

berhenti sekali lagi kat Plaza Tol SKVE sebab nak turunkan kawan kitorang yang mana rumahnya dekat Saujana Putra .. tambah pulak nak solat Maghrib .

kalau korang nak tahu, pemandu bas dengan "baik hatinya" memasang cerita Penanggal time maghrib maghrib macam tu . Tambah pulak ada Irfan, anak Cikgu Norazimah .. -,- 
tapi tetap jugak aku bersemangat nak tengok walaupun mula mula berkeras tak nak tengok .. :D 

dalam pukul 8 , akhirnya kitorang tiba jua di SMK Telok Panglima Garang .. 

begitulah kisahnya " 3 KRK 1 Class Trip 2014 - Le Tour De Perak "  ... semoga semua aktiviti yang dijalani bersama akan meninggalkan memori yang tak terlupakan dalam kehidupan . :D

3 years together .. :D

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini dari satu part ke satu part yang lain .. :D Terima kasih yang sangat tak terhingga buat anda semua ,,, :D


p/s : 4 part yang sebelum ni aku dah publish sekali , cuma tinggal entry last nu saja yang aku publish kemudian ,, :D
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Comments:

  1. wehh gila seram pasang cite penanggal time maghrib haha!! btw best nya ada class trip T-T jeles kott

    ReplyDelete
    Replies
    1. slamber jer abang driver tu pasang ,, mentang mentang dia tak tengok,, hahha..

      Delete

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)