Le Tour De Perak - Perjalanan 'Tangkap Muat'

AMARAN : Entri ini merupakan entri ber'episode' . Sila abaikan jika anda seorang yang cepat bosan !


Siri Entri :
....... sambungan ...........

Check out hotel dalam pukul 9.30 pagi.

Dan paling mengharukan roommate aku, Shauqi baru siap mandi pukul 9.15. ITu belum lagi kemas barang. -,- Punya la dia bahan aku sebab aku paling lembab kemas barang, padahal last nya, barang dia yang tertinggal dalam bilik.
Nasib baik ada housekeeper yang turun kat kitorang cakap ada baju tertinggal dekat bilik 469 yang merupakan bilik aku.

Apa lagi, habislah dia kena bahan dengan aku sebab tadi dia yang beriya-iya kata aku paling lembab kemas barang. :3 Semua gelakkan dia time dia kena bahan dengan aku. Hahaha.

keadaan langit yang amat membimbangkan

bandaraya Ipoh maybe ?

pemandangan dari dalam bilik

Perjalanan hari kedua trip ni semuanya "tangkap muat" .. 

Sebabnya, semua plan perjalanan kitorang tak ikut, semua main hentam sahaja sebab nak lari daripada hujan ,,, so memula cadangnya nak spend time kat bandar Ipoh, nak jenjalan semua , tapi pemandu bas cakap tak ada benda menarik kat Ipoh, so tak jadi la nak spend time kat Ipoh .. paling tidak pun, kitorang cuma singgah Ipoh Waterfront yang entahlah,, tak tahu nak describe tempat tu macam mana .. 

Ipoh Waterfront tu kitorang just nak tangkap gambar walaupun tak berapa nak 'lawa' background nya .. -,- .. paling seronok pun kitorang main taman , memasing jakun nak main .. :3

bergambar,, again .. :3

memasing jakun nampak playground -,-

lepas tu terus pergi TAMAN REKRASI GUNUNG LANG. Cadangnya nak berenti makan kat Angsana, tapi memasing kenyang, so terus ke Gunung Lang.

Gunung Lang

Kat Gunung Lang, plan asal cuma nak tangkap gambar sahaja , tak nak naik bot, last nya , satu kelas naik bot , yer la , kat seberang tu langsung tak ada apa apa , taman permainan adalah , -,- itupun diorang excited main .. kanak kanak ribena sungguh. ..

kanak kanak ribena :3

yang memisahkan taman rekreasi Gunung Lang ni sebenarnya bukit , bukan tasik ,, sebab kalau naik bot pun , tempat yang dituju cuma dibalik bukit ,, 

actually kitorang ada nampak satu rahsia, yang mana pengurusan Gunung Lang ni cuba untuk menarik 'duit' pelancong dengan naik bot , sebabnya, time kitorang sampai seberang , kitorang ada nampak kereta tukang renovate taman rekreasi tu ,, so mesti ada jalan nak ke seberang ni . Sebab tu lah aku cakap yang memisahkan dua bahagian Taman Gunung Lang ni bukit, bukan tasik ..

Tiket naik bot ialah RM 3 bagi dewasa, bagi kanak kanak , tak pasti pula . 

naik bot nak ke seberang






Taman Rekreasi Gunung Lang ni pun agak tak terjaga , semak sana sini , rumput panjang ,, 
nak dijadikan satu cerita, kat taman ni ada dua menara tinjau, satu dekat depan taman , satu dekat belakang taman . Kitorang kat sini terpisah dua kumpulan , aku dalam kumpulan 2. kumpulan yang pertama dah naik menara tinjau belakang, kumpulan aku ni lambat sikit sebab kitorang berhenti tangkap gambar ,, 

seberang

keadaan di seberang

Time kitorang nak naik menara tinjau belakang tu , one group member kitorang dah perasan ada 'benda' kat atas tu ,, cepat cepat dia cakap, tak payah naik atas .. kitorang pun dah cuak, semua diam la , dah la hutan, takut kang apa apa jadi .. 

punya la ingat ada hantu ,, ghupernya ,, ada orang ber'madu asmara' atas tu ,, ceh -,- .. tapi kitaorang pun tak nak la "membantutkan nafsu" diorang, so kitorang pun blah .. paling 'ummphh' diorang buat bukan sembunyi sembunyi dalam menara tinjau, kat balkoni menara tu ,,, bercumbu sana sini .. -,- .. nak termuntah pun ada .. kitorang buat tak tahu , terus pi kejar kumpulan pertama ..

bergambar kat bawah jer

rupa-rupanya, time kumpulan pertama naik atas tu , diorang memang tengah ber'um um' atas tu :3 kumpulan pertama tu buat dek jer, diorang naik jugak ,, 

dekat taman ni ada sangkar burung unta dan rusa kot ,, entahla .. bolehlah bagi diorang makan rumput dan usap kalau berani ,,, :D

rusa or what ? aku tak tahu nama binatang ni .. 

otak burung unta lagi kecil dari matanya ,, :3

paling 'best' kat sini adalah, kitorang kena menunggu bot dalam 30 minit.. kitaorang tunggu dari 11.30 ,, bot sampai pukul 12 , itupun last trip katanya..  anak cikgu Norazimah dah meragam kat situ .. -,-

penat menunggu

akhirnya ,,, 

lepas pergi Gunung Lang, kitorang pergi ke destinasi yang terakhir. Tapi sebelum tu, isi perut kat RnR Simpang Pulai. Tempat tu rasanya baru lagi kalau tengok keadaannya.

Tempat apa yang menjadi destinasi terakhir ? Tunggu.  

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Comments:

Post a Comment

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)