Le Tour De Perak - Malam Yang Indah

AMARAN : Entri ini merupakan entri ber'episode' . Sila abaikan jika anda seorang yang cepat bosan !


... sambungan ...

Inilah hotel penginapan kitaorang, HILLCITY HOTEL AND CONDO. Kitaorang check kat sini dalam pukul 6. Selepas puas bermandi-manda di Lost World Of Tambun.

cr : google

Kitorang ambik hotel ni sebab ada kawan kitorang yang memang tidur dekat sini kalau datang Ipoh. Jarak antara hotel ni dengan bandaraya Ipoh tak adalah jauh mana. Dalam 15 - 20 minit sahaja. Bergantung kepada keadaan trafik lah.

Disebabkan kitorang keluar cuma waktu malam dan waktu pagi yang tak begitu pagi, so tak berjumpa dengan kesesakan trafik. Tapi tak tahu sama ada memang tak ada jam atau memang kitorang yang tak terserempak.  

lobi hotel
cr : Ainur Najwa

Trip kitorang ni ambik 3 jenis bilik;
Bilik Katil King
Bilik Katil King + 1 Single Bed
Bilik 3 Single Bed 
Bilik Katil King + 1 Single Bed sebenarnya 1 single bed tu cuma katil tambahan. Tak tahu sama ada memang macam itu ghupernya kalau booking bilik jenis tu atau AJK kitaorang yang minta macam tu. Disebabkan bukan aku yang buat tempahan, maka aku tak tahu. :D

Kat hotel ni, boleh ambik pakej breakfast sekali. Kalau ambik pakej yang ada breakfast, korang akan dapat kupon. Jumlah kupon bergantung kepada pakej bilik yang korang ambik.

Bilik Katil King - 2 kupon
Bilik Bilik Katil King + 1 Single Bed - 3 kupon
Bilik 3 Single Bed - 3 kupon (kurang pasti)

Misalnya bilik korang berlebihan daripada kupon yang diberi, jangan risau. Cuma bayar RM15 sahaja untuk setiap orang. Bayaran dibuat kat kaunter cafe hotel tu di Tingkat 2 Hotel. 
Makluman lanjut - Hillcity Hotel and Condo
Malam tu, dalam pukul 8, kitaorang keluar pi makan kat NADIA SUGAR & SPICE CAFE . Cafe ni kecil jer . Cafe ala ala mak datin adakan majlis hi-tea . Malam kitaorang datang tu, cafe tu ditutup kepada orang ramai. Maklumlah, kitaorang jer dah penuh satu cafe, tu pun nasib baik cukup untuk semua :3

cilok Google

Makanan kat situ buffet, so makanlah seberapa banyak yang korang nak makan.
Harga :
Dewasa : RM15
Kanak - kanak : (Kurang pasti)
So far makanan kat situ sedap. Aku sampai kena sound dengan kawan aku sebab aku asyik makan.

Cafe ni tutup dalam pukul 10 , so before pukul 10 kitorang dah kena cabut la dari situ .. 

Oh ya, kafe ni terletak dekat bangunan yang bertentangan dengan Aeon Ipoh yang mana kalau nak cari, sila cari London Weight Management sebab kafe ni tersorok dari jalan.

Dah jumpa London Weight Management, jumpalah cafe ni sebab dua dua kedai ni berdepan. Cafe ni agak terlindung dek tiang bangunan.
Kitaorang pun sesat jugak sebab tak jumpa, puas memusing, padahal sebenarnya, senang jer nak cari.

bergambar sebelum balik hotel

Malam tu, aku memang sakit kepala sesangat, maybe sebab dah kena hujan petang tu , Actually, ahli bilik aku tu sepatutnya aku, Helmi dan Shauqi, tapi aku dah sakit kepala, Helmi dah demam, kitorang pindah bilik sebabnya bilik aku Shauqi dah buat pusat PS2 . Budak laki semua duduk kat situ -,-

Aku dengan Helmi dah tak larat, pi pindah bilik dan akhirnya kitorang mencapai mimpi indah dalam pukul 11 malam. :3

Padahal yang lain sibuk tak tidur lagi, yang makan meggi , yang guna wifi , yang main PS , yang main kejar kejar, yang tengok tv dan banyak lagi lah yang diorang buat, tapi aku dengan Helmi dah 'selamat' atas katil ,,, :3

Katanya, aku ada mengigau malam tu. Hahah, terlalu penat uruskan semuanya dan penat bermain air, sampai terbawak dalam mimpi. Hahaha. Nasib baik diorang tak gelakkan aku. :3

muka muka yang tak tidur walaupun dah tengah malam

Keesokan harinya, bangun pukul 6 dan bersiap untuk turun breakfast kat hotel tu. Dalam pukul 7 makanan baru sampai. So kitorang turun dalam pukul 7.30. Time tu ada penginap yang lain dah makan. Tapi yang pasti , time kitorang turun tu, cuma ada kitorang jer kat cafe hotel tu. Hahaha, kitorang memang suka kongka tempat. Satu cafe kitorang kongka. :3

So far makanan dia sedap, cuma tak banyak pilihan. Hidangan adalah secara buffet, maka makanlah sebanyak mana yang korang nak. Jadi tak adalah membazir bayar RM15 tu. :3

Lepas sarapan, naik bilik dan berkemas untuk check out pukul 10. Kebanyakan dari kitorang termasuk aku, masih belum mandi. :D So, naik bilik memasing berebut bilik air. Yang nak buang air besar, air kecil dan yang nak mandi. -,-

Paling tak dapat dilupakan, kitorang paling banyak minta kad tambahan dari hotel disebabkan bilik terkunci. Maklumlah hotel sekarang pakai kad yang kena 'swap' kat pintu , dan kad tu jugaklah untuk pasang elektrik kat bilik. Memandangkan kitorang paling banyak bilik dan mostly tak kekal di bilik memasing, so banyaklah kejadian terkunci di luar bilik. Termasuk aku. T.T

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Comments:

  1. amboi. bestnya lepak kat koridor (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklumlah, hari tu hari bekerja, so tak banyak penginap lain, tu yang diorang buat sesuka hati jer tu ,, hahha

      Delete

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)