Le Tour De Perak ~ #Intro

I'm Back ! :D


Apa yang kau rasa bila kau dah bersusah payah untuk sesuatu perkara tu then benda yang kau usahakan tu berhasil sesuai dengan harapan kau ? it Amazing right ?

Itulah apa yang aku rasa bila " 3 KRK 1 CLASS TRIP 2014 " berjaya sejaya jayanya ... sebab apa aku terlalu bangga ? sebab aku merupakan salah satu 'tulang belakang' bagi trip ini. Aku sendiri macam tak percaya . Walaupun aku cuma Naib Setiausaha , but aku merupakan orang kedua terpenting dalam trip ini . Trip kelas ni memang 100% kitaorang yang uruskan. Guru kelas kitorang, Cikgu Norazimah , cuma menyampaikan apa yang kitaorang dah uruskan kepada pihak atasan iaitu pihak pentadbir sekolah dan pihak PPD . 

Paling terasa trip ni trip kelas bila cuma guru kelas dan pelajar kelas kitaorang jer yang ikut. Cadangnya nak bawak guru angkat and a few teachers ,, tapi semua cikgu tu ada urusan. So cuma guru kelas jer lah yang ikut, itupun Cikgu Norazimah patutnya kena jaga SPM hari Khamis tu ,, 
nasib baik Ketua Pengawas lelaki, so apa lagi, rayuan pengecualian Cikgu Norazimah pun diterima lah ,, wahaha ,, maklumlah ,, cikgu cantik , sapa jer yang berani nak tolak ,, :D

Dan paling mengharukan, kitaorang kena buat balik semua perancangan dalam masa SEBULAN sebelum trip yang mana , seminggu selepas tamat PT3 , terus rushing buat perancangan semula sebab ada cikgu yang tak jadi pergi . Sebulan itulah Ajk Tertinggi Lawatan yakni aku dan 2 3 orang yang lain menerima pelbagai dugaan dan cabaran . Macam macam masalah timbul , inipun nyaris nyaris bas yang kitorang nak pergi , jadual dia padat . Time tu kitorang dah putus harap dah, kalau bas tak ada, nak tak nak kena cari bas baru yang dah terang terang lebih mahal ,, 

Oh ya, trip kali ni 100% ahli kelas ikut , sebabnya , tahun lepas, kitaorang pun ada buat trip , and ada yang tak ikut,, so alhamdulillah, kali ni semua diberi peluang untuk ikut . Paling mengharukan , trip kali ni sepenuhnya kitaorang bergantung kepada duit murid, and dah terang teranglah tak cukup. So sebagai langkah selamat, gerakan mencari sponsor pun dijalankan. Malangnya, sesen pun sponsor tak ada. 

Terus AJK Tertinggi Lawatan buat plan B , iaitu meminta sponsor daripada ibu bapa pelajar kelas ak . Kitorang dah siap list , mak bapak sapa yang mempunyai harapan yang cerah untuk 'berkongsi' duit mereka dengan trip ini ,, :3

Alhamdulillah, plan B ni berjaya walaupun jumlahnya cukup cukup untuk menampung dana yang tak mencukupi. Apa apa pun, bersukur sebab dapat .

Dan yang menariknya , perjalanan trip kitorang kat Perak sangatlah 'tangkap muat' ,, nak tahu sebab apa aku gelarkan trip ini 'tangkap muat' ? dan bagaimana keadaan trip ni ? 
kenalah nantikan entry

" Le Tour De Perak ~ #Part 1 - Bermulanya Sebuah Perjalanan "


p/s : event ni dah seminggu berlalu dan entry ini pun dah seminggu, cuma aku lupa nak publish ,, :D
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Comments:

  1. so... i'll be waiting for the next entry then... tak sabar nak baca. hehe

    ReplyDelete

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)