Le Tour De Perak - Destinasi Terakhir

AMARAN : Entri ini merupakan entri ber'episode' . Sila abaikan jika anda seorang yang cepat bosan !



.... sambungan ...

lepas isi perut dekat RnR Simpang Pulai dan solat jamak.. kitorang meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir , GUA TEMPURUNG.

time kat RnR tu dah hujan dah , perjalanan jadi "tangkap muat" pun sebab nak elak hujan kat Gua Tempurung sebab kata cikgu Norazimah , kalau hujan tak boleh masuk Gua Tempurung . Tapi hakikatnya, boleh . -,- . Cuma perjalanan yang melibatkan air sahaja yang ditutup . Perjalanan kering tetap boleh masuk , cuma kena hati hati sebab tangga licin..

oppsss dah tercerita pulak pasal Gua Tempurung .. :3

Gua Tempurung ni orang boleh tengok dari Highway Plus ,, kalau menghala ke Utara, nampak di sebelah kiri, kalau menghala ke Selatan, nampak di sebelah kanan .
tapi kalau menghala menuju ke tempat yang abadi, itu kemungkinan tak akan dapat melihat apa apa kecuali malaikat ,, :D

Gua Tempurang ada 4 pakej perjalanan . Yang setiap pakej menawarkan aktiviti yang berbeza ,,

Pakej Kering



Pakej Basah


Maklumat lanjut boleh pergi laman web Gua Tempurung

bergambar sebelum masuk gua 

peraturan Gua Tempurung

waktu kitorang sampai kat Gua Tempurung, yang masuk cuma kitorang sahaja, kitaorang dapat tourguide namanya Pak Cik Salleh, pakcik ni boleh tahan lawaknya , time nak masuk gua , ada sorang abang ni keluar dari bawah 'kolong' gua , kawan kawan dia masih kat dalam, cuma dia jer yang keluar , itu dia ambik pakej perjalanan yang basah .

pintu masuk gua

keadaan dalam gua ,, pada permulaannya :3

disebabkan baru jer lepas hujan, tangga tangga kebanyakan nya licin, so kitaorang perlu berhati hati , memang takjub giler kalau dah masuk dalam gua tu ,, selalunya, orang yang baru keluar gua yang takjub semacam, ni orang yang masuk gua pulak yang terlebih takjub .. :D

memandangkan kitorang ambik tour 2 , iaitu sampai platform 5 , so semakin lama semakin tinggi dan semakin gelap ,, dan dah tentu semakin licin tangga .. so memang kena berhati hati.

macam macam bentuk kitorang jumpa ,, ada yang semula jadi dan ada yang 'buatan' :3 ,, dalam gua pun ada vandalisme ,, tak patut betul rakyat Malaysia ni .. -.-

ada satu kawasan dalam gua tu, berangin jer, sejuk . Pastu kat situ ada air mengalir, and pakcik Salleh tu suruh kitorang celup tangan , pergh, sejuk + segar .. memang terbaek ! dan time aku tanya kat pakcik tu, kenapa ada angin kat situ, pakcik tu selamber jer cakap ada orang kentut .. -,- urgh .

bila dah sampai kat platform 5, kitorang kena patah balik , pergh. nak naik tadi pun semput, ni nak patah balik . Patah balik ni lagi bahaya dari perjalanan pergi sebab kalau pergi , kita mendaki tangga,, kalau patah balik ni, kita turun tangga,,, lagi bahaya .  Jadi, memang kena berhati hati dengan tangga yang licin dan curam . Tapi alhamdulillah, akhirnya selamat jugak kitorang keluar gua tu .

Peringatan kepada anda semua, sila pastikan anda membawa paling kurang 1 botol air sebelum masuk ke dalam gua ,, :3

Keluar keluar gua tu, terus nampak cikgu Norazimah dengan budak budak yang jalan kat depan tengah main air kat sungai depan gua tu. Apa lagi, terus join la, tapi kat sini tak dalam pun, setakat rendam kaki boleh lah ,, :D

mari kita main air ,, :D

Dalam pukul 4++ , kitorang meneruskan perjalanan pulang ke SMK Telok Panglima Garang semula .

...... bersambung .........
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Comments:

Post a Comment

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)