Le Tour De Perak - Bermulanya Sebuah Perjalanan

AMARAN : Entri ini merupakan entri ber'episode' . Sila abaikan jika anda seorang yang cepat bosan !


Siri Entri :

Baiklah, mari kita mulakan cerita, 

Kitaorang tunggu kat sekolah dalam pukul 7 sebab ikut rancangan nak bertolak pukul 8. Sebelum bertolak tu, semestinya kena sarapan dulu dan menu sarapan pagi tu agak mewah, mewah yang teramat mewah :3 .

Menu sarapan ialah nasi goreng, sandwich , karipap daging dan air mineral. Yang paling tak boleh blah adalah menu utama iaitu nasi goreng merupakan menu yang paling lambat sampai. Dah nak betolak baru sampai -,- . Tapi nasib baiklah sempat jugaklah diorang makan. DIORANG ! Diulang DIORANG ! Tapi bukan aku. T.T

Aku nak kena urus itu ini, sampai tak sempat nak makan. T.T . Ceh, tak adalah, :3 . Sebenarnya aku dah kenyang disebabkan rasa excited telah mengatasi rasa lapar .. :D

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam ++ la jugak ,, kitorang cuma berhenti dekat RnR Tanjung Malim. Itupun untuk tandas sebab before bertolak dah sarapan. Lepas berhenti kat RnR Tanjung Malim tu, kerja aku melantak jer dalam bas. Geng melantak aku adalah Annissa . Wahaha. :D 

Dalam pukul 12.30 tak silap, kitorang sampai di LOST WOLRD OF TAMBUN. Itupun dah berderet bas rombongan sekolah yang dah sampai. Sesak jugak la dekat kaunter, tapi alhamdulillah sebab kitorang beli online, so cepat lah sikit urusannya,,,

Aktiviti wajib yang paling utama kena buat before masuk Tambun semestinya bergambar di pintu utama , yang ada kucing tu . 

Aktiviti wajib di Tambun

Waktu bergambar, memasing buat muka cool dan control ayu . Padahal tengah menahan terik matahari. Pukul 1 tu woi.

Kitaorang buat aktiviti kering dulu before masuk dalam air. So berjalan-jalan lah kitorang dalam Lost World Of Tambun tu. Bila semua dah tak sabar nak masuk dalam air, kitorang pergi letak barang dalam khemah yang disediakan oleh pihak LOWT memandangkan kitorang ni dibawah pakej sekolah,

Tapi jangan risau, LWOT ada sedia jugak pondok-pondok dan meja untuk anda semua letak barang.. setakat baju tu tak hilang kot .. 

Barangan berharga boleh letak dalam locker yang harganya RM10 satu locker. Locker tu standard size lah, boleh tahan besar la jugak. Kalau setakat nak letak barangan berharga, memang cukup la, tapi kalau nak letak baju sekali, locker tu cuma cukup untuk seorang jer lah. Depends pada barang yang korang nak letak dalam tu. Locker ni pulak cuma 2 kali sahaja boleh bukak, 

Waktu boleh bukak locker :
1. Waktu letak barang.  2. Waktu Ambik Barang

So, kalau korang jenis kejap-kejap nak ambik barang. sila lupakan hasrat anda untuk letak barangan dalam locker. :D

Harga tikert Lost World of Tambun:
Dewasa : RM50
Kanak-kanak : RM 43
*kanak-kanak bawah 90cm masuk PERCUMA

Harga tiket dekat Lost World Of Tambun , setakat yang aku pergi baru baru ini adalah RM50 bagi Dewasa , RM43 bagi kanak-kanak . Bagi kanak kanak di bawah 90cm , adalah percuma.

Kalau di bawah rombongan sekolah, semestinya lebih murah dan berbaloi sebab mengikut pakej sekolah.

Maklumat lanjut boleh dapat di laman web Lost World Of Tambun .

Peraturan kat Tambun pulak sama sahaja dengan water theme park yang lain, tak jauh beza .. 

Etika pemakaian di LWOT

Dalam pukul 3.30 ++ ,, hujan turun dengan lebatnya kat Tambun .. LEBAT kay ,, L E B A T .. tapi jangan risau, anda tetap dibenarkan bermandi manda , cuma ada satu kawasan ni, LWOT pasang ombak dekat situ, so ombak tu ditutup bila hujan , atas dasar keselamatan .. yang lain , semua boleh ,, jangan risau..

Time hujan, nasib baik aku dah ada dekat khemah , kebetulan time tu tengah kebulur,, so pergi la khemah nak ambik makanan .. makanan memang disediakan kalau ambik pakej sekolah lah ,, menunya, nasi goreng, sosej dan sos blackpepper dan dessert dapat pudding nata de coco .. 
boleh tahan la , maklumlah, tengah lapar katakan,, dah disebabkan hujan, aku pun terkandas la kat khemah , 

Hujan stop berenti dalam pukul 4 , tapi tu pun ada tanda tanda nak turun balik .. aku dah tak tahan sejuk, apa lagi , terus berendam dalam kolam air panas ,, time tu memang lengang.. time tengah mandi, baru aku sedar yang aku tengah pakai cermin mata, patutlah terang semacam penglihatan aku ,, :3 nasib baik tak jadi apa apa kat cermin mata tu. Aku dah cuak sebab aku dah menyelam sana sini, baru teringat pakai cermin mata .. T.T

Dalam pukul 5 kitorang keluar then pergi check in hotel ,, Hillcity Hotel and Condo 

........... bersambung ...........

Le Tour De Perak ~ #Part 2 - Malam Yang Indah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Comments:

  1. berapa erk satu tiket dewasa? nak plan ke sana ni.. hhhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ni pergi Dewasa RM 50 , Kanak-kanak RM43 , kanak kanak bawah 90cm , percuma . :D

      Delete

Setiap Kata Itu Adalah Doa,, :)